Selasa, 7 September 2021

Khalifah Sharif Abu Bakar Shah Yang Di Pertuan sejarah yang sebenar dan lurus



Syarif Abu Bakar Shah / Syarif Yang Di Pertuan.

Yamtuan atau Yang Di Pertuan Syarif Abu Bakar Shah merupakan Raja Ligor kini Nakhon Si Thammarat . Baginda meneruskan pemerintahan Ligor dari ayahanda baginda iaitu Yamtuan Mahmud. Ayahanda Syarif Abu Bakar Shah iaitu Yamtuan Mahmud perintah Ligor pada tahun 1680 - 1686M.

Yamtuan Mahmud ibni Sultan Sulaiman Shah Singgora Darussalam , kini Songkhla Thailand.Sultan Sulaiman Shah perintah Singgora pada tahun 1625 - 1668M. Sebelum itu Singgora diperintah oleh ayahanda baginda iaitu Datuk Monggol . Nama sebenar Dato Monggol ialah Nik Badrussalam . Dato Monggol perintah Singgora 1600 - 1625M. Dato Monggol mangkat di Patthalung kerana dihujung hayat ,baginda tinggal bersama anakanada baginda iaitu Sultan Farisi yang memerintah Patthalung.


Sultan Sulaiman Shah memiliki putra diantaranya Sultan Mustafa yang perintah Singgora pada tahun 1668 -1681M dan Chaiya pada 1682 - 1696M.

Seorang lagi bernama Yamtuan Mahmud memerintah Ligor atau kini Nakhon Si Thammarat dari tahun 1680 - 1686M. Hanya 6 tahun sahaja baginda perintah Ligor kerana baginda mendapat tekanan dari Ayutthaya. Ayutthaya menekan pemerintahan Yamtuan Mahmud disebabkan Ligor dibawah naungan Ayutthaya.

Ramai yang silap faham terutama riwayat yang dibawa oleh almarhum Nai Long Kasim dan pengikut beliau mengatakan Ayutthaya kerajaan Islam. Ahli sejarah sepakat Ayutthaya merupakan kerajaan Thai Buddha.Sedangkan Syarif Abu Bakar Shah ibni Yamtuan Syarif Mahmud ibni Sultan Sulaiman Shah ibni Dato Monggol atau nama sebenar baginda Nik Badrussalam adalah keturunan Arab. Keturunan ini yang belayar dari tanah haram ke Farsi Iraq kemudian ke Yaman ke India seterusnya ke Jawa Tengah Pattani , Kelantan dan akhirnya Singgora. 

Dato Monggol datang dari Jawa Tengah ke Singgora disebabkan leluhur baginda iaitu Syeikh Syed Jamaluddin Kubra menikah dengan cucu pemerintah Singgora lama zaman Langkasuka iaitu Sultan Mahmud Barubasa. Dari Nasab inilah lahirnya Dato Monggol.

Nik Badrussalam @ lebih dikenali dengan Dato Monggol ibni Mustafa ibni Muzafar ibni Wan Abdullah @ Wan Bo Tri Tri ibni Syed Ali Nurul Alam ibni Syeikh Syed Jamaluddin Kubra. Oleh kerana Syed Jamaludin Kubra menikah dengan cucuanda Sultan Mahmud Barubasa . 

Dato Monggol mengambil peluang memerintah Singgora semasa Ayutthaya bergelut perang dengan Burma . Singgora dibawah naungan Ayutthaya. Ketika itu Singgora diabaikan disebabkan pemerintah Ayutthaya tidak sempat untuk memberi tumpuan kepada Singgora . Pada tahun 1600M Dato Monggol datang dari Jawa Tengah kemudian memerintah Singgora yang semasa itu dibawah naungan Ayutthaya.

Tegas disini Ayutthaya bukan kerajaan Islam , Ayutthaya dikuasai oleh Thai Buddha. Negeri selatan Thai yang majoriti Islam seperti Pattani  , Singgora , Ligor , Chaiya , Patthalung , Phuket , Narathiwat , Yala , Ranong ramai orang Islam kerana negeri negeri ini dipimpin oleh orang Islam sejak sekian lama. Berbeza dengan Bangkok ramai Buddha. 

Boleh rujuk video ahli sejarah Islam Nusantara iaitu Ustaz Fadli Ghani :

https://youtu.be/7GaB5NaHQcA

.............

Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah @ Syarif Yang Di Pertuan .

Baginda memerintah Ligor setelah ayahanda baginda lepaskan jawatan memerintah Ligor pada tahun 1686M. Terdapat dua pandangan ahli sejarah :

1. Syarif Abu Bakar Shah terus perintah Ligor pada 1686M.

2. Pendapat kedua mengatakan sebelum Syarif Abu Bakar Shah perintah Ligor , kekanda kepada Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor terlebih dahulu, kemudian beralih kepada Syarif Abu Bakar Shah.

Kedua pandangan ini boleh diterima pakai. Kemungkinan boleh berlaku dan tidak ada percangahan dari sudut riwayat dan tarikh.

Zaman Syarif Abu Bakar Shah perintah Ligor , Ayutthaya tidak aman , tengah bergolak dengan Burma.Negeri segenting kra aman damai ketika itu kerana Ayutthaya tidak dapat memberi tumpuan disebelah selatan thai disebabkan mereka bergelut tengah bergolak dengan Burma. Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah mengambil peluang ketika itu dengan memberi tumpuan memerintah Ligor dengan baik dan membina kekuatan orang Islam sekitar negeri Segenting Kra. 

Bruma serang Ayutthaya pada tahun 1765M. Ayyuthaya kalah. Chakri memimpin Thailand.

Chakri sudah dapat kesan kekuatan kerajaan Ligor, lalu menyerang Ligor yang dipimpin oleh Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah ketika itu.

Syarif Abu Bakar Shah bersama ahli keluarga dan pengikut baginda menyelamatkan diri berundur ke Legeh kemudian ke Kedah. Mereka hijrah beramai ramai menggunakan 40 ekor gajah ke Kedah.

Keputusan ke Kedah kerana hubungan baik antara Kedah - Ligor , Singgora telah terjalin sejak sekian lama. Hubungan baik ini lebih kuat apabila adik perempuan Syarif Abu Bakar Shah yang digelar Nang Che Puan menikah dengan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ll iaitu Sultan Kedah ke 19.  Ramai kerabat diraja Kedah berkahwin dengan kerabat diraja segenting kra sebelum dari itu lagi. 

Syarif Abu Bakar bersam anak isteri dan pengikut baginda ke Kedah. Ramai dari kalangan keluarga Syarif Abu Bakar dan pengikut yang berhijrah ini membina penempatan di Kampung Tualang Pokok Sena Kedah dan di Kota Mengkuang Kubang Pasu Kedah.

Sehingga sekarang masih wujud orang sekitar Tualang , Kota Mengkuang Kubang Pasu ,Napoh Kubang Pasu , Kubur Panjang cakap siam atau dialet siam.

....................

Syarif Abu Bakar Shah merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke 19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adillin ll. Adik Syarif Abu Bakar Shah iaitu yang bergelar Nang Che Puan bernikah dengan Sultan Muhammad Jiwa ll. Dari perkahwinan diraja ini dikurniakan dua orang Putra iaitu Tunku Long Putra dan Tunku Anjang Johan.

Tunku Long Putra dilantik menjadi Raja Tanah dan Tunku Anjang Johan dilantik menjadi Raja Laut. 

Pergolakan antara anak anak Sultan Muhammad Jiwa telah dicatat didalam sejarah Kedah . Takdir Allah menentukan segala galanya pasti ada hikmah , Tunku Long Putra tidak jadi Sultan . Saudara sebapa mereka iaitu Sultan Abdullah Mukaram Shah naik takhta sebagai Sultan Negeri Kedah ke 20. 

Tunku Long Putra dan Tunku Anjang Johan kecewa lalu membawa diri keluar dari Kedah. Akhir sekali dipenghujung hayat Tunku Long Putra mangkat dan dimakam di Kampung Kepala Bendang Pokok Sena. Manakala Tunku Anjang Johan di makamnya di Luar Negeri , setengah mengatakan di Burma dan ada pandangan mengatakan makam di Segenting Kra.

....................

Diriwayatkan oleh orang tua tua dari kalangan waris , Syarif Abu Bakar Shah bernikah dengan putri  Raja Langkat iaitu Putri Suria Marin anak Raja Badiuzzaman ibni Raja Kahar. Raja Badiuzzaman yang perintah Langkat pada tahun 1673 - 1750M.

Syarif Abu Bakar Shah memiliki 5 orang anak mengikut riwayat orang tua tua dan tidak dapat diketahui nama mereka dengan tepat . Hanya gelaran yang diriwayatkan. Kelima lima anak baginda menjadi rakyat biasa di Kedah . Mereka sama sama berkhidmat kepada negeri Kedah membantu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin.

Antara anak anak Syarif Abu Bakar Shah.

1. Koya Long - sebagai penguasa / penghulu kawasan Kubur Panjang . Sehingga kini ramai zuriat Koya Long wujud dan tinggal di kawasan Kubur Panjang diantara tokoh dari zuriat Koya Long ialah pahlawan Kedah iaitu Tok Moris . Ramai dari kalangan zuriatnya menjadi ulama dan sebahagian sebagai pemimpin masyarakat. Beliau dikebumikan di Gelung Gajah , Mukim Tobir , Pendang Kedah.

2. Koya Ngah tinggal di skitar Alor Pak Ngah. Dikebumi di Tualang. 

3. Koya Shuib. Tinggal di Alor Pak Ngah . Ramai zuriatnya kini tinggal sekitar Alor Pak Ngah , Tualang , Jelai dan lain lain. Beliau dikebumi di Langgar.

4. Koya Nai Chau Abu. Dari kalangan zuriatnya ramai yang menjadi ulama dan pemimpin masyarakat. Diantara tokoh pemimpin dari kalangan zuriatnya ialah Nai Doi sebagai penguasa/ penghulu Kubang  Pasu , Nai Sim @Hashim . Tokoh ulama dari zuriatnya ialah Dato Mursyid Di Raja SS Dato Paduka Syeikh Abdul Majid mantan Mufti Kedah Darul Aman. Pemimpin politik tanahair seperti Tun Zahir Ismail Speaker dewan rakyat 1982- 2004 dan ramai lagi. Terdapat dua pendapat makam Koya Nai Chau Abu , salah satu pendapat di Nai Teh Kuala Nerang dan satu lagi pendapat di Napoh Kubang Pasu. Ramai dari kalangan zuriatnya kini tinggal di Napoh , Jeram Tuanjang , Kubang Pasu , Anak Bukit Alor Setar dan lain lain lagi.

5. Koya Fai. Beliau tinggal bersama Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Diriwayatkan beliau terkorban semasa trajedi serangan thai di kubu Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang Kubang Pasu Kedah. Koya Fai syahid bersama ayahandanya Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah. Jasad Koya Fai dikebumi di Kota Mengkuang  manakala Syarif Abu Bakar Shah dibawa ke Tualang dan dimakamkan assyahid Syarif Abu Bakar di Tualang. Ramai dari kalangan koya Fai kini tinggal sekitar Tualang , Alor Pak Ngah , Jelai , Bukit Raya , Jelai , Tokai dan lain lain.

........................

Syarif Abu Bakar Syahid di Kota Mengkuang Kubang Pasu dan dimakam di Tualang Pokok Sena kerana ramai waris Syarif Abu Bakar Shah yang hijrah dari Ligor tinggal di Tualang .

Menariknya terdapat 2 makam Syarif Abu Bakar Shah di Tualang bagi kaburi pihak musuh Siam Thai.



1. Makam asal Assyahid Syarif Abu Shah. Makam ini asalnya tidak ditanda dengan apa apa penanda , tujuan bagi kaburi pihak Siam Thai agar mereka tidak apa apakan jenazah Syarif Abu Bakar Shah. Makam ini adalah makam sebenar . Riwayat ini telah disimpan oleh waris turun temurun. Hanya dapat dikenal dengan sebatang pokok yang berusia hampir 200 tahun lebih ditanam disebalah kaki jenazah Assyahid Syarif Abu Bakar Shah.Pada tahun 2020 ahli waris Pertubuhan Kerabat Sharif Shah , Tunku Long Putra Tunku Anjang Putra Negeri Kedah sepakat untuk letak nisan baharu . Hari perletakkan batu nisan baharu ini wakil wakil keluarga dari jalur keturunan Syarif Abu Bakar Shah hadir pada hari yang penuh bersejarah. Setelah nisan baharu siap dipasang , pada awal tahun 2021 pokok yang berusia ratusan tahun itu tumbang dan tidak terjejas sedikit pun makam Syarif Abu Bakar Shah dengan takdir Allah. Setelah makam sejarah ini diistihar oleh waris ramai pengunjung dalam dan luar negeri datang ziarah makam Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah.


2. Makam replika Syarif Abu Bakar bagi kaburi musuh siam Thai. Makam ini sekarang ditanda dengan batu nisan Acheh. Dahulunya makam ini ditanda dengan kayu kemuning hitam. Ada dari kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil nisan Acheh di Alor Ganu dan mereka pindahkan ke Tualang. Nisan Acheh perempuan dipacak atas makam replika Syarif Abu Bakar ini. Riwayat ini telah dikatahui umum oleh ahli waris pertubuhan kerabat Sharif Shah , Tunku Long Putra Tunku Anjang Putra.

......................

Kerabat Diraja Kedah yang ada kaitan dengan Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah.

1. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ke ll merupakan adik ipar Syarif Abu Bakar Shah. Adik perempuan Syarif Abu Bakar Shah yang bergelar Nang Che Puan berlahwin dengan Sultan Kedah ke 19.

2. Tunku Long Putra. Putra Sultan Muhammad Jiwa hasil perkahwinan dengan Nang Che Puan adik kepada Syarif Abu Bakar Shah. Tunku Long Putra pernah dilantik sebagai Raja Tanah mengurus hal ehwal pentadbiran Tanah.

3. Tunku Anjang Johan . Adinda kepada Tunku Long Putra . Tunku Anjang pernah dilantik sebagai Raja Laut menguruskan hal ehwal pentadbiran di laut.

Takdir Allah ada hikmahnya. Tunku Long Putra tidak menjadi Sultan. Sultan Kedah ke 20 diwarisi oleh adinda mereka iaitu Sultan Abdullah Mukarram. Kekuasaan adalah hak mutlak Allah . Wajib kita redha atas segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sejarah kita jadi iktibar, mana yang baik diteladani yang tidak baik dijadikan sempadan. Jangan timbul kebencian dan jangan menghasut agar orang membenci siapa yang telah naik. Sultan yang ada sekarang adalah benih Sultan Muhammad Jiwa juga . Kesultanan Kedah tidak pernah bertukar benih dari benih Merong Mahawangsa.  Semoga Allah berkati kesultanan Kedah yang kita cintai.

4. Tunku Mad Hassan ( Mad Can). Tunku Mad Can merupakan cucunda kepada Tunku Long Putra.

5. Nai Sofiah merupakan isetri kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah , Sultan Kedah ke 26.Nai Sofiah merupakan keturnan Syarif Abu Bakar Shah dari jalur Koya Fai anak kepada Syarif Abu Bakar. Dari pernikahan Nai Sofiah dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah lahirlah Sultan Kedah ke 27 iaitu Sultan Badlishah.

















































Saya Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan atau lebih dikenali Helmi Assyafie mendedahkan sejarah leluhur saya mengikut apa yang saya kaji dari orang tua tua dari kalangan ahli waris Syarif Abu Bakar Shah. Syarif Abu Bakar Shah merupakan leluhur saya generasi yang ke 9. Saya bertanggungjawab atas tulisan dan riwayat cerita sejarah ini. Siapa yang ingin maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya 0134044259


Tiada ulasan:

Catat Ulasan